Saturday, January 16, 2010

Aktiviti Musim Cuti

Salam,dah lama tak update blog ni. Dalam masa cuti sekolah yang lepas tak banyak aktiviti percutian berlangsung atas sebab sebahagian besar daripada cuti terpaksa bertugas urusan peperiksaan. Sepat juga pergi berjalan-jalan ke Putrajaya, KLCC dan 'picnic' di Kalumpang Resort.

Thursday, October 15, 2009

Aidilfitri 2009

Hari raya Aidilfitri tahun ni, kami beraya di rumah Opah di Ampang. Pada malam raya tu, ada rombongan takbir rumah ke rumah. Rumah Opah dapat giliran awal, jadi kami menyediakan hidangan yang biasa aje. Esoknya, selepas solat sunat raya, keluarga Tok Mok dan Opah Lang datang beraya. Lewat petang Opah Kenek pulak datang, jadi kami tak le berziarah ke rumah dorang. Malam tu selepas Isyak, kami bertolak pulang ke kampung Atok di Simpang Lima.

Tuesday, September 15, 2009

Ulang Tahun Ke-2 Hari Lahir Icha

8 September lepas kami sambut hari jadi Icha yang ke 2 tahun. Buat acara 'simple' saja sekeluarga tak jemput sesiapa pun. Beli kek dan goreng ayam sebagai hidangan. Mula-mula tu dia nak kek gambar mickey mouse tapi takde, beli ajelah kek yang ada kat kedai tu. Dia suka sangat, tapi yang nampak lebih-lebih sukanya adalah Iman dan Ana. Anyway...selamat hari jadi buatIcha. Semoga sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin...

Saturday, September 12, 2009

Balik Kampung Lagi...

Minggu lepas kami balik ke rumah Opah di Ampang. Dan, hari Ahad selepas Mama balik daripada KUIS kami balik ke kampung Atuk di Simpang Lima. Sampai saja di kampung, Pak Su dan kawan-kawan, Cik Jie sekeluarga dan keluarga Pak Long dah tiba. Sempat berbuka bersama-sama mereka (Pak Long sekeluarga balik ke Parit (6) dan balik ke Bukit Beruntung pada hari esoknya.


Sunday, August 30, 2009

Shopping Baju Raya

Hari Rabu minggu lepas kami sempat pergi 'shopping' baju raya budak-budak tu di Parkson Grand di Selayang Mall. Okay jugak harga pakaian yag ada di situ, budak-budak tu masing-masing dapat tiga pasang seorang kecuali Anisa beli sepasang saja sebab dah beli dua pasang minggu lepas. Dalam memilih-milih baju tu tengok-tengok juga harga, kalau boleh yang ada diskaun 50% dapat 'safe' sikit. Sebelum ke Parkson tu sempat singgah di Seng Heng untu tempah Netbook Acer Aspire One untuk kegunaan Mama.

Selepas tu, kami bertolak balik ke kampung di Simpang Lima. Sampai dah lewat, dah azan pun nasib baik dah beli juadah berbuka di Paya Jaras Sg Buluh. Esok pagi-pagi lagi Pak Long dengan Jiha dan Dira sampai sebab ada urusan dengan Atok di Sg Besar. Tengahari tu sempat kemaskan alihkan almari dapur dan kemaskan bilik yang baru dibuat tu dan petangnya balik ke Bkt Beruntung.

Saturday, August 29, 2009

Jalan-Jalan ke KL

Pada cuti sekolah yang lepas, kami berpeluang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Tempar pertama yang kami kunjungi ialah Muzium Negara. Selepas itu kami ke Menara Kuala Lumpur, tapi tak naik pun sebab harga tiketnya mahal sangat, hanya berjalan-jalan di kawasan sekitar saja. Dalam perancangan nak melawat Petrosains, tapi setibanya kami di sana, kuota pengunjung untuk hari tersebut telah penuh dan melawat pameran dinosaur kena tunggu sehingga dua jam baru boleh masuk. Tak jadi masuk dua-duanya, hanya pergi makan KFC dan bercadang esok datang semula ke Petrosains KLCC.

Keesokan harinya, parkir penuh pulak. Berpusing-pusing cari sehingga dua jam dan akhirnya parkir di Ampang Park, kemudian naik LRT ke KLCC. Sampainya di sana, sama juga tiket dan habis untuk hari itu. Tak berpeluang masuk, tapi ayah sempat beli lensa Canon EF50mmf/1.8 di Canon Centre dengan harga RM300.00. Lensa tu memang menghasilkan gambar yang cantik walaupun nampak 'cikai' je. Janji dengan anak-anak akan singgah di Petrosains jika ada masa luang apabila balik ke rumah opah di Ampang. Tapi sampai laa tak pergi-pergi...

Monday, May 11, 2009

Balik Kampung Spg Lima


Hari Sabtu lepas (9 Mei) kami balik kkampung di Simpang Lima rumah Atok. Kami sampai pukul 6 petang sebab kelluar lewat adri Bukit Beruntung. Sampai di rumah atuk, nampak rumah atok sedang diubahsuai akibat diserang anai-anai. Bahagian dapur sehingga ke bahagian bilik yang dibuat daripada kayu habis dimakan anai-anai.

Sebelah malam, kami ke Sg Nibong makan malam, menunya mee bandung. Mama yang belanja makan malam tu. Di situ Annisa merengek nak beli belon, akhirnya atok belikan bola plastik gambar 'Dora Explorer' warna merah. Balik daripada Sg Nibong, Afiq dengan Iman main PS2 sampai lewat malam.

Pagi Ahad tu, tolong atok berkemas sebab tukang rumah tu nak buat di bahagian dapur. TV dan lain-lain peralatan semuanya dibawa ke depan sebab berhabuk. Ana, Iman dan Afiq tolong angkat karpet dapur ke luar dekat beranda. Tengahri tu kami pergi ke pekan Sg Besar beli lauk, dan cat putih yang akan digunakan untuk mengecat dinding rumah tu. Lewat petang sebelum maghrib, kami bertolak pulang ke Bukit Beruntung.

Sunday, April 19, 2009

Naik Komuter ke Rawang

Semalam, 18 April (Sabtu) Kami pergi menjemput Mama balik daripada kuliah. Kami naik dari stesen komuter Rasa. Setibanya kami di situ, tren baru saja berlepas dan kena menunggu tren yang berikutnya satu jam kemudian. Pada jam 3.41 pm tren ke Rawang pun sampai dan kami tiba di stesen Rawang 20 minit kemudian. Tak turun pun di Rawang, jumpa Mama dalam tren saje. Annisa mula tu nampak seronok naik komuter tetapi dia mula jemu dalam perjalanan balik ke stesen Rasa. Tambang kami tiket pergi dan balik sebanyak RM13.60 (1 dewasa + 3 kanak-kanak; Annisa percuma). Dalam perjalanan balik tidur dalam tren tu punya le sedap sebab 'aircond' sampai tersengguk-sengguk.

Sunday, February 8, 2009

Ke rumah Uncle Zam

Sabtu (7 Februari) Kami telah pergi ke rumah Uncle Zam di Belimbing Height untuk menghadiri satu kenduri doa selamat. Kami tiba agak lewqat sebab menghantar Mama ke KUIS. Setibanya kami di sana, 'time' makan; ada menu udang masak lemak, kari daging, acar buah dan ayam goreng. Selepas kenduri tu kami balik ke rumah opah di Ampang dan bermalam di sana. Keesokan harinya, Ana dan Annisa mengikut opah pergi kenduri di Sg Penchala.

Saturday, January 3, 2009

Majlis Pertunangan di rumah Tok Mok

Jumaat, 2 Januari kami telah pergi ke rumah Tok Mok untuk menghadiri majlis pertunangan Linda di Ampang Tasik. Majlis sebenarnya pada hari Sabtu, tapi kami sampai awal sebab esok Mama ada kuliah di KUIS. Selepas itu kami bermalam di rumah Opah, dan esoknya ke rumah Tok Mok lagi. Ramai tetamu yang datang terutamanya orang kampung GB yang ada di sini. Menu pada hari tu disediakan oleh Harahap Na Tabo Catering (Mamak Salleh punye), ada masak lemak pucuk ubi tumbuk (makanan tradisi etnik Mandailing). Semasa di rumah Tok Mok tu, ternampak satu gambar lama yang ada gambar budak ni (dalam gambar di atas tu), gambar siapa pulak tu...

Sunday, December 28, 2008

Ke rumah Opah lagi...

Sabtu 27 Disember, kami ke rumah opah lagi (Ana tak ikut sebab pergi Johor dengan Pak Long). Petang tu ke Low Yat Plaza untu membeli PS2 dan printer 'EPSON' dan beberapa barangan lain. Ahad, pergi ke majlis perkahwinan di Cheras bersama atuk, opah, busu, dan kakak sekeluarga. Dalam majlis tu ramai juga orang kampung GB yang datang. Sempat juga lah melihat ketibaan pengantin tiba dalam majlis persandingan tu.

Bercuti ke Pulau Pangkor

Kami pergi bercuti ke Pangkor pada 24-25 Disember yang lepas. Sempat bermalam di sana di Pangkor Bay View Resort di Teluk Nipah. Afiq, Ana, Iman dan Annisa nampak enjoy dengan percutian tu, terutamanya dpat mandi di 'swimming pool' di resort tu. Kami juga sempat mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Perodua Kancil yang disewa dengan harga RM90 sehari. Antara aktiviti yang paling seronok kepada budak-budak tu adalah pengalaman menaiki feri yang membenarkan kami duduk di dek atas untuk melihat pemandangan laut dan pulau-pulau yang ada di situ.

Tuesday, December 16, 2008

Lagi...di rumah opah

Minggu lepas (14 Disember) kami ke rumah Opah lagi sebab nak pergi kenduri perkahwinan anak Abang Khalil+Kak Saadi yang sulung. Kami sampai di rumah Opah pada hari Sabtu dalam pukul 4.00 petang. Esoknya, Opah bawa Ana dan Iman ke majlis perkahwinan Anak Pak Alias di Dewan AU Tmn Keramat, selepas itu baru pergi ke kenduri di Dewan Taman Melati. Ayah, Afiq dan Annisa pergi kemudian sebab Annisa masih tidur pada masa Opah pergi. Mama macam biasa ada kuliah di KUIS. Dalam majlis tu ramai orang kampung Gua Badak yang datang. Macam 'reunion' le pulak. Kami sekejap saja di situ, sebab nak ambil Mama di KL Sentral. Ana, Iman dan Annisa ikut Opah balik ke Ampang, ayah dan Afiq saja ke KL Senteral.Selepas ambil Mama kami ke PC Fair di KLCC. Ramai betul orang, mula tu ingat nak 'survey' laptop untuk Mama tapi tak berkesempatan sebab masa suntuk dan sesak sangat. Kami hanya beli 'thumb drive' saja Kingston DataMini 8GB dan 2 GB yang berharga RM48 dan RM 17 saja. Sekarang ni harga dah murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha

Raya Haji tahun ini kami beraya di rumah Opah di Ampang. Sehari sebelum itu, kami balik ke Simpang Lima, Sg Besar ke rumah Atuk Perempuan. Di sana kami sempat menolong Atuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak hidangan hari raya. Pada malam raya tu, dalam pukul 9.00 malam kami bertolak ke Ampang dan tiba pada jam 12.30 malam. Secara kebetulan semasa kami sampai, rombongan takbir belum sampai di rumah opah. Atuk dan Busu turut serta dalam rombongan takbir rumah ke rumah tu. Dalam pukul 1.30 pagi baru mereka sampai dan rumah opah adalah rumah terakhir yang dikunjungi. Keesokan pagi, pergi sembahyang sunat raya dengan Iman, dan sempat menengok lembu-lembu (19 ekor semuanya) yang akan dikorbankan. Setelah balik dari masjid, kami bersiap-siap kerana keluarga Encik nak datang. Pada masa yang sama Atok ke surau menolong mengerjakan korban tu. Dalam pukul 9.30 mereka pun sampai dua kereta, dan makan-makan hidangan seperti biasa nasi impit dan eksosorinya yang biasa Opah buat. Mereka tak lama di rumah Opah, sebab Encik ada urusan menghantar orang ke KLIA. Cadangan petang tu nak ke rumah Encik bersama Opah Lang, tapi tak jadi sebab Opah Lang ada urusan di masjid dekat rumah dia, lagi pun cuaca petang tu hujan memanjang. Dalam pukul 8.30 kami balik ke rumah (Bukit Beruntung). Banyak bekalan yang Opah sediakan untuk budak-budak tu makan. termasuk daging koban yang Atuk dapat daripada surau. Budak-budak tu dapat duit raya lagi Opah bagi (patutnya tak payah) dan sampai di rumah mereka makan bekalan yang Opah 'tapau'kan tu. Yang menghairankan semasa di rumah Opah masing-masing tak mahu makan, sampai je di rumah semuanya kelaparan.

Thursday, November 20, 2008

Lawatan ke Jambori Antarabangsa Johor

Pada 17 November 2008 yang lepas ayah beserta dua orang rakan pengakap wakil daripada PPM Hulu Selangor telah pergi melawat jambori pengakap di Tg Labuh, Batu Pahat, Johor. Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan moral kepada ahli pengakap Hulu Selangor (5 orang peserta SMKTBR1) yang menyertai jambori tersebut. Anissa, Iman, Ana, dan Afiq tinggal di rumah opah kerana Mama menghadiri kuliah di KUIS. Terima kasih kepada Opah yang telah sudi menjaga budak-budak tu.

Saturday, November 15, 2008

Ke Selayang Mall

Minggu lepas (9 November), kami telah pergi ke Selayang Mall. Tujuan sebenarnya nak cari barang-barang untuk aktiviti di sekolah, tapi ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Atok perempuan pun ikut sama sebab dia menjaga budak-budak tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad sebab Mama ada kuliah, dan ayah ada aktiviti di sekolah. Malam tu, makan KFC dan selepas itu baru membeli-belah di Giant Selayang Mall. Biasa lah kalau berjalan macam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat.

Monday, November 3, 2008

Kenduri di rumah Opah Puchong

Hari Sabtu dan Ahad (1 dan 2 November) lepas, kami telah menghadiri majlis perkahwinan di rumah Opah Puchong (adik atuk Ampang). Selain saudara mara terdekat, ramai juga orang kampung (Gua Badak) yang hadir pada majlis tersebut. Semasa kami di sana Annisa, Iman, Ana, dan Afiq mengambil peluang bermain di taman permainan yang berhampiran. Elok juga tu, sebab dapat melekakan Annisa daripada teringatkan Mama dia yang pergi belajar ke KUIS. 

Sunday, November 2, 2008

Watikah Pelantikan Guru Cemerlang

Pada 30 Oktober (Khamis) Ayah telah menerima watikah pelantikan guru cemerlang di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, watikah guru cemerlang telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. Ramai juga guru yang menerima watikah mengikut beberapa kategori DG44, DG48 dan DG52. Ayah menerima watikah pelantikan bagi kategori DG44 (KUP) untuk bidang Bimbingan dan Kaunseling. Semoga terus dimurahkan rezeki untuk ke DG48 dalam tiga tahun lagi. Alhamdulillah, syukur rezeki yang Allah berikan.

Tuesday, October 28, 2008

Hari Keluarga di Port Dickson

Pada 26-27 Oktober, kami telah menyertai hari keluarga sekolah Mama yang diadakan di PD Marina Resort. Bertolak lewat petang dan sampai sewaktu maghrib. 'Venue' hari keluarga tu boleh tahan, cuma tempat majlis makan malam tu tak berapa cantik. Pada majlis tu Mama dan Ana dapat hadiah cabutan nombor bertuah. Keesokan hari, selepas sarapan pagi diadakan sukaneka mengikut kategori dewasa, remaja, kanak-kanak, dan pasangan suami isteri. Tak menang apa-apa hadiah pun dalam sukaneka tu. Tamat aktiviti sukaneka, acara bebas sementara menunggu makan tengah hari, Afiq, Ana, Iman dan Annisa sempat mandi kolam yang ada di situ. Sebelum bertolak balik, kami singgah di pantai dekat Port Dickson, sekejap sahaja tak sempat mandi laut pun sebab cuaca terlalu panas.

Sunday, October 26, 2008

Annisa Tinggal dengan Ayah

Hari ini, (25 Oktober) kali pertama Mama pergi kuliah dan bermalam di sana, dan kali pertama juga Annisa tinggal di rumah dengan ayah, abang dan kakaknya. Okay jugak, dia tak meragam pun pada waktu siang. Pagi selepas bangun dia mandi dan selepas itu pergi sarapan makan roti canai. Balik ke rumah tengah hari dia tidur, dan bangun pukul 3 petang dia main dengan abang dan kakak. Malam pulak dia makan nasi, sikit sahaja dalam tiga suap dan lepas tu tak nak lagi. Pukul 8.30 malam dia mula mengantuk dan masuk tidur, dan tertidur setelah habis minum susu sebotol. Lewat malam tu dia merengek jugak sebab biasanya Mama tidur dengan dia dan kalau terbangun tentu 'nenen' dah ada. Malam tu dua kali dia minum susu botol je, dan bangun pagi selepas mandi, apa lagi pergi pekena roti canai lagi, dia memang suka dan minum air coklat kotak. Dalam perjalanan balik, kami pergi ambil gambar-gambar prasarana di TBR untuk kerja Kajian Tempatan abang. Sampai di rumah, Annisa nampak mengantuk dan tidur dalam buaian...sambil menunggu Mamanya balik dari KUIS.