Sunday, December 28, 2008

Ke rumah Opah lagi...

Sabtu 27 Disember, kami ke rumah opah lagi (Ana tak ikut sebab pergi Johor dengan Pak Long). Petang tu ke Low Yat Plaza untu membeli PS2 dan printer 'EPSON' dan beberapa barangan lain. Ahad, pergi ke majlis perkahwinan di Cheras bersama atuk, opah, busu, dan kakak sekeluarga. Dalam majlis tu ramai juga orang kampung GB yang datang. Sempat juga lah melihat ketibaan pengantin tiba dalam majlis persandingan tu.

Bercuti ke Pulau Pangkor

Kami pergi bercuti ke Pangkor pada 24-25 Disember yang lepas. Sempat bermalam di sana di Pangkor Bay View Resort di Teluk Nipah. Afiq, Ana, Iman dan Annisa nampak enjoy dengan percutian tu, terutamanya dpat mandi di 'swimming pool' di resort tu. Kami juga sempat mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Perodua Kancil yang disewa dengan harga RM90 sehari. Antara aktiviti yang paling seronok kepada budak-budak tu adalah pengalaman menaiki feri yang membenarkan kami duduk di dek atas untuk melihat pemandangan laut dan pulau-pulau yang ada di situ.

Tuesday, December 16, 2008

Lagi...di rumah opah

Minggu lepas (14 Disember) kami ke rumah Opah lagi sebab nak pergi kenduri perkahwinan anak Abang Khalil+Kak Saadi yang sulung. Kami sampai di rumah Opah pada hari Sabtu dalam pukul 4.00 petang. Esoknya, Opah bawa Ana dan Iman ke majlis perkahwinan Anak Pak Alias di Dewan AU Tmn Keramat, selepas itu baru pergi ke kenduri di Dewan Taman Melati. Ayah, Afiq dan Annisa pergi kemudian sebab Annisa masih tidur pada masa Opah pergi. Mama macam biasa ada kuliah di KUIS. Dalam majlis tu ramai orang kampung Gua Badak yang datang. Macam 'reunion' le pulak. Kami sekejap saja di situ, sebab nak ambil Mama di KL Sentral. Ana, Iman dan Annisa ikut Opah balik ke Ampang, ayah dan Afiq saja ke KL Senteral.Selepas ambil Mama kami ke PC Fair di KLCC. Ramai betul orang, mula tu ingat nak 'survey' laptop untuk Mama tapi tak berkesempatan sebab masa suntuk dan sesak sangat. Kami hanya beli 'thumb drive' saja Kingston DataMini 8GB dan 2 GB yang berharga RM48 dan RM 17 saja. Sekarang ni harga dah murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha

Raya Haji tahun ini kami beraya di rumah Opah di Ampang. Sehari sebelum itu, kami balik ke Simpang Lima, Sg Besar ke rumah Atuk Perempuan. Di sana kami sempat menolong Atuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak hidangan hari raya. Pada malam raya tu, dalam pukul 9.00 malam kami bertolak ke Ampang dan tiba pada jam 12.30 malam. Secara kebetulan semasa kami sampai, rombongan takbir belum sampai di rumah opah. Atuk dan Busu turut serta dalam rombongan takbir rumah ke rumah tu. Dalam pukul 1.30 pagi baru mereka sampai dan rumah opah adalah rumah terakhir yang dikunjungi. Keesokan pagi, pergi sembahyang sunat raya dengan Iman, dan sempat menengok lembu-lembu (19 ekor semuanya) yang akan dikorbankan. Setelah balik dari masjid, kami bersiap-siap kerana keluarga Encik nak datang. Pada masa yang sama Atok ke surau menolong mengerjakan korban tu. Dalam pukul 9.30 mereka pun sampai dua kereta, dan makan-makan hidangan seperti biasa nasi impit dan eksosorinya yang biasa Opah buat. Mereka tak lama di rumah Opah, sebab Encik ada urusan menghantar orang ke KLIA. Cadangan petang tu nak ke rumah Encik bersama Opah Lang, tapi tak jadi sebab Opah Lang ada urusan di masjid dekat rumah dia, lagi pun cuaca petang tu hujan memanjang. Dalam pukul 8.30 kami balik ke rumah (Bukit Beruntung). Banyak bekalan yang Opah sediakan untuk budak-budak tu makan. termasuk daging koban yang Atuk dapat daripada surau. Budak-budak tu dapat duit raya lagi Opah bagi (patutnya tak payah) dan sampai di rumah mereka makan bekalan yang Opah 'tapau'kan tu. Yang menghairankan semasa di rumah Opah masing-masing tak mahu makan, sampai je di rumah semuanya kelaparan.