Raya Haji tahun ini kami beraya di rumah Opah di Ampang. Sehari sebelum itu, kami balik ke Simpang Lima, Sg Besar ke rumah Atuk Perempuan. Di sana kami sempat menolong Atuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak hidangan hari raya. Pada malam raya tu, dalam pukul 9.00 malam kami bertolak ke Ampang dan tiba pada jam 12.30 malam. Secara kebetulan semasa kami sampai, rombongan takbir belum sampai di rumah opah. Atuk dan Busu turut serta dalam rombongan takbir rumah ke rumah tu. Dalam pukul 1.30 pagi baru mereka sampai dan rumah opah adalah rumah terakhir yang dikunjungi. Keesokan pagi, pergi sembahyang sunat raya dengan Iman, dan sempat menengok lembu-lembu (19 ekor semuanya) yang akan dikorbankan. Setelah balik dari masjid, kami bersiap-siap kerana keluarga Encik nak datang. Pada masa yang sama Atok ke surau menolong mengerjakan korban tu. Dalam pukul 9.30 mereka pun sampai dua kereta, dan makan-makan hidangan seperti biasa nasi impit dan eksosorinya yang biasa Opah buat. Mereka tak lama di rumah Opah, sebab Encik ada urusan menghantar orang ke KLIA. Cadangan petang tu nak ke rumah Encik bersama Opah Lang, tapi tak jadi sebab Opah Lang ada urusan di masjid dekat rumah dia, lagi pun cuaca petang tu hujan memanjang. Dalam pukul 8.30 kami balik ke rumah (Bukit Beruntung). Banyak bekalan yang Opah sediakan untuk budak-budak tu makan. termasuk daging koban yang Atuk dapat daripada surau. Budak-budak tu dapat duit raya lagi Opah bagi (patutnya tak payah) dan sampai di rumah mereka makan bekalan yang Opah 'tapau'kan tu. Yang menghairankan semasa di rumah Opah masing-masing tak mahu makan, sampai je di rumah semuanya kelaparan.
0 comments:
Post a Comment