Thursday, November 20, 2008

Lawatan ke Jambori Antarabangsa Johor

Pada 17 November 2008 yang lepas ayah beserta dua orang rakan pengakap wakil daripada PPM Hulu Selangor telah pergi melawat jambori pengakap di Tg Labuh, Batu Pahat, Johor. Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan moral kepada ahli pengakap Hulu Selangor (5 orang peserta SMKTBR1) yang menyertai jambori tersebut. Anissa, Iman, Ana, dan Afiq tinggal di rumah opah kerana Mama menghadiri kuliah di KUIS. Terima kasih kepada Opah yang telah sudi menjaga budak-budak tu.

Saturday, November 15, 2008

Ke Selayang Mall

Minggu lepas (9 November), kami telah pergi ke Selayang Mall. Tujuan sebenarnya nak cari barang-barang untuk aktiviti di sekolah, tapi ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Atok perempuan pun ikut sama sebab dia menjaga budak-budak tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad sebab Mama ada kuliah, dan ayah ada aktiviti di sekolah. Malam tu, makan KFC dan selepas itu baru membeli-belah di Giant Selayang Mall. Biasa lah kalau berjalan macam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat.

Monday, November 3, 2008

Kenduri di rumah Opah Puchong

Hari Sabtu dan Ahad (1 dan 2 November) lepas, kami telah menghadiri majlis perkahwinan di rumah Opah Puchong (adik atuk Ampang). Selain saudara mara terdekat, ramai juga orang kampung (Gua Badak) yang hadir pada majlis tersebut. Semasa kami di sana Annisa, Iman, Ana, dan Afiq mengambil peluang bermain di taman permainan yang berhampiran. Elok juga tu, sebab dapat melekakan Annisa daripada teringatkan Mama dia yang pergi belajar ke KUIS. 

Sunday, November 2, 2008

Watikah Pelantikan Guru Cemerlang

Pada 30 Oktober (Khamis) Ayah telah menerima watikah pelantikan guru cemerlang di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, watikah guru cemerlang telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. Ramai juga guru yang menerima watikah mengikut beberapa kategori DG44, DG48 dan DG52. Ayah menerima watikah pelantikan bagi kategori DG44 (KUP) untuk bidang Bimbingan dan Kaunseling. Semoga terus dimurahkan rezeki untuk ke DG48 dalam tiga tahun lagi. Alhamdulillah, syukur rezeki yang Allah berikan.