Sunday, December 28, 2008

Ke rumah Opah lagi...

Sabtu 27 Disember, kami ke rumah opah lagi (Ana tak ikut sebab pergi Johor dengan Pak Long). Petang tu ke Low Yat Plaza untu membeli PS2 dan printer 'EPSON' dan beberapa barangan lain. Ahad, pergi ke majlis perkahwinan di Cheras bersama atuk, opah, busu, dan kakak sekeluarga. Dalam majlis tu ramai juga orang kampung GB yang datang. Sempat juga lah melihat ketibaan pengantin tiba dalam majlis persandingan tu.

Bercuti ke Pulau Pangkor

Kami pergi bercuti ke Pangkor pada 24-25 Disember yang lepas. Sempat bermalam di sana di Pangkor Bay View Resort di Teluk Nipah. Afiq, Ana, Iman dan Annisa nampak enjoy dengan percutian tu, terutamanya dpat mandi di 'swimming pool' di resort tu. Kami juga sempat mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Perodua Kancil yang disewa dengan harga RM90 sehari. Antara aktiviti yang paling seronok kepada budak-budak tu adalah pengalaman menaiki feri yang membenarkan kami duduk di dek atas untuk melihat pemandangan laut dan pulau-pulau yang ada di situ.

Tuesday, December 16, 2008

Lagi...di rumah opah

Minggu lepas (14 Disember) kami ke rumah Opah lagi sebab nak pergi kenduri perkahwinan anak Abang Khalil+Kak Saadi yang sulung. Kami sampai di rumah Opah pada hari Sabtu dalam pukul 4.00 petang. Esoknya, Opah bawa Ana dan Iman ke majlis perkahwinan Anak Pak Alias di Dewan AU Tmn Keramat, selepas itu baru pergi ke kenduri di Dewan Taman Melati. Ayah, Afiq dan Annisa pergi kemudian sebab Annisa masih tidur pada masa Opah pergi. Mama macam biasa ada kuliah di KUIS. Dalam majlis tu ramai orang kampung Gua Badak yang datang. Macam 'reunion' le pulak. Kami sekejap saja di situ, sebab nak ambil Mama di KL Sentral. Ana, Iman dan Annisa ikut Opah balik ke Ampang, ayah dan Afiq saja ke KL Senteral.Selepas ambil Mama kami ke PC Fair di KLCC. Ramai betul orang, mula tu ingat nak 'survey' laptop untuk Mama tapi tak berkesempatan sebab masa suntuk dan sesak sangat. Kami hanya beli 'thumb drive' saja Kingston DataMini 8GB dan 2 GB yang berharga RM48 dan RM 17 saja. Sekarang ni harga dah murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha

Raya Haji tahun ini kami beraya di rumah Opah di Ampang. Sehari sebelum itu, kami balik ke Simpang Lima, Sg Besar ke rumah Atuk Perempuan. Di sana kami sempat menolong Atuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak hidangan hari raya. Pada malam raya tu, dalam pukul 9.00 malam kami bertolak ke Ampang dan tiba pada jam 12.30 malam. Secara kebetulan semasa kami sampai, rombongan takbir belum sampai di rumah opah. Atuk dan Busu turut serta dalam rombongan takbir rumah ke rumah tu. Dalam pukul 1.30 pagi baru mereka sampai dan rumah opah adalah rumah terakhir yang dikunjungi. Keesokan pagi, pergi sembahyang sunat raya dengan Iman, dan sempat menengok lembu-lembu (19 ekor semuanya) yang akan dikorbankan. Setelah balik dari masjid, kami bersiap-siap kerana keluarga Encik nak datang. Pada masa yang sama Atok ke surau menolong mengerjakan korban tu. Dalam pukul 9.30 mereka pun sampai dua kereta, dan makan-makan hidangan seperti biasa nasi impit dan eksosorinya yang biasa Opah buat. Mereka tak lama di rumah Opah, sebab Encik ada urusan menghantar orang ke KLIA. Cadangan petang tu nak ke rumah Encik bersama Opah Lang, tapi tak jadi sebab Opah Lang ada urusan di masjid dekat rumah dia, lagi pun cuaca petang tu hujan memanjang. Dalam pukul 8.30 kami balik ke rumah (Bukit Beruntung). Banyak bekalan yang Opah sediakan untuk budak-budak tu makan. termasuk daging koban yang Atuk dapat daripada surau. Budak-budak tu dapat duit raya lagi Opah bagi (patutnya tak payah) dan sampai di rumah mereka makan bekalan yang Opah 'tapau'kan tu. Yang menghairankan semasa di rumah Opah masing-masing tak mahu makan, sampai je di rumah semuanya kelaparan.

Thursday, November 20, 2008

Lawatan ke Jambori Antarabangsa Johor

Pada 17 November 2008 yang lepas ayah beserta dua orang rakan pengakap wakil daripada PPM Hulu Selangor telah pergi melawat jambori pengakap di Tg Labuh, Batu Pahat, Johor. Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan moral kepada ahli pengakap Hulu Selangor (5 orang peserta SMKTBR1) yang menyertai jambori tersebut. Anissa, Iman, Ana, dan Afiq tinggal di rumah opah kerana Mama menghadiri kuliah di KUIS. Terima kasih kepada Opah yang telah sudi menjaga budak-budak tu.

Saturday, November 15, 2008

Ke Selayang Mall

Minggu lepas (9 November), kami telah pergi ke Selayang Mall. Tujuan sebenarnya nak cari barang-barang untuk aktiviti di sekolah, tapi ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Atok perempuan pun ikut sama sebab dia menjaga budak-budak tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad sebab Mama ada kuliah, dan ayah ada aktiviti di sekolah. Malam tu, makan KFC dan selepas itu baru membeli-belah di Giant Selayang Mall. Biasa lah kalau berjalan macam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat.

Monday, November 3, 2008

Kenduri di rumah Opah Puchong

Hari Sabtu dan Ahad (1 dan 2 November) lepas, kami telah menghadiri majlis perkahwinan di rumah Opah Puchong (adik atuk Ampang). Selain saudara mara terdekat, ramai juga orang kampung (Gua Badak) yang hadir pada majlis tersebut. Semasa kami di sana Annisa, Iman, Ana, dan Afiq mengambil peluang bermain di taman permainan yang berhampiran. Elok juga tu, sebab dapat melekakan Annisa daripada teringatkan Mama dia yang pergi belajar ke KUIS. 

Sunday, November 2, 2008

Watikah Pelantikan Guru Cemerlang

Pada 30 Oktober (Khamis) Ayah telah menerima watikah pelantikan guru cemerlang di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, watikah guru cemerlang telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. Ramai juga guru yang menerima watikah mengikut beberapa kategori DG44, DG48 dan DG52. Ayah menerima watikah pelantikan bagi kategori DG44 (KUP) untuk bidang Bimbingan dan Kaunseling. Semoga terus dimurahkan rezeki untuk ke DG48 dalam tiga tahun lagi. Alhamdulillah, syukur rezeki yang Allah berikan.

Tuesday, October 28, 2008

Hari Keluarga di Port Dickson

Pada 26-27 Oktober, kami telah menyertai hari keluarga sekolah Mama yang diadakan di PD Marina Resort. Bertolak lewat petang dan sampai sewaktu maghrib. 'Venue' hari keluarga tu boleh tahan, cuma tempat majlis makan malam tu tak berapa cantik. Pada majlis tu Mama dan Ana dapat hadiah cabutan nombor bertuah. Keesokan hari, selepas sarapan pagi diadakan sukaneka mengikut kategori dewasa, remaja, kanak-kanak, dan pasangan suami isteri. Tak menang apa-apa hadiah pun dalam sukaneka tu. Tamat aktiviti sukaneka, acara bebas sementara menunggu makan tengah hari, Afiq, Ana, Iman dan Annisa sempat mandi kolam yang ada di situ. Sebelum bertolak balik, kami singgah di pantai dekat Port Dickson, sekejap sahaja tak sempat mandi laut pun sebab cuaca terlalu panas.

Sunday, October 26, 2008

Annisa Tinggal dengan Ayah

Hari ini, (25 Oktober) kali pertama Mama pergi kuliah dan bermalam di sana, dan kali pertama juga Annisa tinggal di rumah dengan ayah, abang dan kakaknya. Okay jugak, dia tak meragam pun pada waktu siang. Pagi selepas bangun dia mandi dan selepas itu pergi sarapan makan roti canai. Balik ke rumah tengah hari dia tidur, dan bangun pukul 3 petang dia main dengan abang dan kakak. Malam pulak dia makan nasi, sikit sahaja dalam tiga suap dan lepas tu tak nak lagi. Pukul 8.30 malam dia mula mengantuk dan masuk tidur, dan tertidur setelah habis minum susu sebotol. Lewat malam tu dia merengek jugak sebab biasanya Mama tidur dengan dia dan kalau terbangun tentu 'nenen' dah ada. Malam tu dua kali dia minum susu botol je, dan bangun pagi selepas mandi, apa lagi pergi pekena roti canai lagi, dia memang suka dan minum air coklat kotak. Dalam perjalanan balik, kami pergi ambil gambar-gambar prasarana di TBR untuk kerja Kajian Tempatan abang. Sampai di rumah, Annisa nampak mengantuk dan tidur dalam buaian...sambil menunggu Mamanya balik dari KUIS. 

Monday, October 20, 2008

Pendaftaran KUIS

Kelmarin, Sabtu (18 Oktober) Mama telah mendaftar diri sebagai pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) secara rasminya. Awal pagi kami bertolak dari rumah ke Ampang sebab budak-budak empat orang ni tinggal dengan Opah sementara Mama dan tiga orang kawannya pergi ke KUIS. Perjalanan agak jauh juga, lebih kurang 45 minit daripada Ampang. Tiba di KUIS mereka mendaftaran diri dan menyerahkan borang-borang pendaftaran kepada petugas di situ. Kemudian semasa bersarapan di kafeteria, Mama memaklumkan yang mereka perlu mengikuti beberapa taklimat sehingga jam 9.00 malam. Di rumah Opah, budak-budak tu okay aje, tapi menjelang senja, Annisa mula meragam, rindukan mama dia. Setiap kali batuk dia akan muak susu yang diminum, dua tiga kali jadi macam tu. Tidur pun dia tak mahu, sebab bila muak habis baju basah. Memandangkan dia kurang sihat, akhirnya Opah turut serta menjemput Mama di Bandar Seri Mahkota (dekat Nilai) pada malam tu. Dalam perjalanan tu pun dia masih begitu, dan akhirnya tertidur setelah sepertiga jalan. Sampai di KUIS, Mama dan kawannya sudah menunggu. Keadaan lalulintas sesak pada malam tu, mungkin ramai yang berjalan untuk beraya agaknya. Sampai di rumah Opah, kami berkemas dan ambil budak-budak tu dan bertolak pulang ke rumah, keadaan jalan masih serupa sesak dan membosankan. Akhirnya kami sampai di rumah jam 12 malam, dan semuanya tidur kepenatan. 

Monday, October 13, 2008

Berhari Raya

Ahad lepas (12 Oktober) kami sempat berhari raya ke rumah saudara-mara. Kami bermalam di rumah Opah pada malam sebelumnya, dan tengah hari esoknya berkunjung ke rumah Tok Mok. Cadangan nak ke rumah Opah Lang tapi dia dah ada di rumah Tok Mok semasa kami sampai. Selepas itu kami (termasuk Tok Mok dan Opah Lang) pergi ke rumah Opah Puchong (singgah di Kinrara rumah Opah Piah sekejap) dan seterusnya ke rumah Mak Long Mala di Kelana Jaya. Dalam pukul 4.30 petang ke Sijangkang rumah Opah Kenek, tapi opah tak ada di rumah ada urusan bisnes. Semasa balik kami singgah di Tesco Ampang sebab ayah nak beli barang. Mmm...dah rezeki malam tu, Opah belanja KFC sebab semasa tunggu ayah, Annisa meragam nak turun juga, Iman pulak meragam nak masuk 'playground' tapi ayah tak beri, tapi dapat jugak main mesin yang masuk token tu. Kena masuk 4 token (RM2) sekali main...sekejap je.

Monday, October 6, 2008

Ke Grand Union Supermarket

Hari Jumaat, hari raya ketiga tu kami balik ke Bukit Beruntung. Pagi Sabtu pergi sarapan dan kemudian membeli sedikit barang keperluan dapur sebab ada bekas pelajar SMKTBR nak datang berhari raya pada sebelah petang. Di GUS tu Mama sahaja yang pergi membeli barang-barang, sebab anak-anak hendak bermain mesin hiburan tu. Annisa nampak seronok sangat sampai kena isi token (50 sen) tiga empat kali. Ana dan Iman macam tu jugak, tapi mesin yang mereka naik tu rosak. Bukan tak boleh bergerak, tapi bila bunyi isyarat masa tamat, mesin tu ulang sekali lagi tanpa masukkan duit. Hmm...'safe' le sikit, ulang main sampai budak-budak tu dah jemu.

Sunday, October 5, 2008

Hari Raya Aidilfitri

Raya tahun ini 'turn' berhari raya di Simpang Lima. Dua hari sebelum raya balik ke Ampang untuk berjumpa dengan keluarga. Kakak dan famili pun tiba dari Kedah setengah jam lebih awal daripada kami. Hari Isnin balik ke Simpang Lima, dan menyambut hari raya di sana. Pagi raya sembahyang sunat Aidilfitri di masjid dengan Afiq, Iman  dan Arif. Sebelah petang pergi menziarahi kubur  arwah bapa mertua, dan berkunjung kerumah saudara-mara. Petang menjelang ke malam, Khairul dan keluarga sampai dari Johor, lewat malam pula Fizi dan keluarga sampai dari Sg. Siput. Pada hari raya ini dapat berjumpa sanak saudara dan yang paling seronok adalah anak-anak sebab mereka dapat duit raya daripada ahli keluarga.