Minggu lepas (9 November), kami telah pergi ke Selayang Mall. Tujuan sebenarnya nak cari barang-barang untuk aktiviti di sekolah, tapi ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Atok perempuan pun ikut sama sebab dia menjaga budak-budak tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad sebab Mama ada kuliah, dan ayah ada aktiviti di sekolah. Malam tu, makan KFC dan selepas itu baru membeli-belah di Giant Selayang Mall. Biasa lah kalau berjalan macam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat.
0 comments:
Post a Comment