Sabtu 27 Disember, kami ke rumah opah lagi (Ana tak ikut sebab pergi Johor dengan Pak Long). Petang tu ke Low Yat Plaza untu membeli PS2 dan printer 'EPSON' dan beberapa barangan lain. Ahad, pergi ke majlis perkahwinan di Cheras bersama atuk, opah, busu, dan kakak sekeluarga. Dalam majlis tu ramai juga orang kampung GB yang datang. Sempat juga lah melihat ketibaan pengantin tiba dalam majlis persandingan tu.Sunday, December 28, 2008
Ke rumah Opah lagi...
Sabtu 27 Disember, kami ke rumah opah lagi (Ana tak ikut sebab pergi Johor dengan Pak Long). Petang tu ke Low Yat Plaza untu membeli PS2 dan printer 'EPSON' dan beberapa barangan lain. Ahad, pergi ke majlis perkahwinan di Cheras bersama atuk, opah, busu, dan kakak sekeluarga. Dalam majlis tu ramai juga orang kampung GB yang datang. Sempat juga lah melihat ketibaan pengantin tiba dalam majlis persandingan tu.
Posted by madniz at 9:24 PM 0 comments
Bercuti ke Pulau Pangkor
Kami pergi bercuti ke Pangkor pada 24-25 Disember yang lepas. Sempat bermalam di sana di Pangkor Bay View Resort di Teluk Nipah. Afiq, Ana, Iman dan Annisa nampak enjoy dengan percutian tu, terutamanya dpat mandi di 'swimming pool' di resort tu. Kami juga sempat mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Perodua Kancil yang disewa dengan harga RM90 sehari. Antara aktiviti yang paling seronok kepada budak-budak tu adalah pengalaman menaiki feri yang membenarkan kami duduk di dek atas untuk melihat pemandangan laut dan pulau-pulau yang ada di situ.
Posted by madniz at 3:01 AM 0 comments
Tuesday, December 16, 2008
Lagi...di rumah opah
Minggu lepas (14 Disember) kami ke rumah Opah lagi sebab nak pergi kenduri perkahwinan anak Abang Khalil+Kak Saadi yang sulung. Kami sampai di rumah Opah pada hari Sabtu dalam pukul 4.00 petang. Esoknya, Opah bawa Ana dan Iman ke majlis perkahwinan Anak Pak Alias di Dewan AU Tmn Keramat, selepas itu baru pergi ke kenduri di Dewan Taman Melati. Ayah, Afiq dan Annisa pergi kemudian sebab Annisa masih tidur pada masa Opah pergi. Mama macam biasa ada kuliah di KUIS. Dalam majlis tu ramai orang kampung Gua Badak yang datang. Macam 'reunion' le pulak. Kami sekejap saja di situ, sebab nak ambil Mama di KL Sentral. Ana, Iman dan Annisa ikut Opah balik ke Ampang, ayah dan Afiq saja ke KL Senteral.Selepas ambil Mama kami ke PC Fair di KLCC. Ramai betul orang, mula tu ingat nak 'survey' laptop untuk Mama tapi tak berkesempatan sebab masa suntuk dan sesak sangat. Kami hanya beli 'thumb drive' saja Kingston DataMini 8GB dan 2 GB yang berharga RM48 dan RM 17 saja. Sekarang ni harga dah murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.Labels: d rmah opah
Posted by madniz at 2:56 PM 0 comments
Wednesday, December 10, 2008
Aidil Adha
Raya Haji tahun ini kami beraya di rumah Opah di Ampang. Sehari sebelum itu, kami balik ke Simpang Lima, Sg Besar ke rumah Atuk Perempuan. Di sana kami sempat menolong Atuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak hidangan hari raya. Pada malam raya tu, dalam pukul 9.00 malam kami bertolak ke Ampang dan tiba pada jam 12.30 malam. Secara kebetulan semasa kami sampai, rombongan takbir belum sampai di rumah opah. Atuk dan Busu turut serta dalam rombongan takbir rumah ke rumah tu. Dalam pukul 1.30 pagi baru mereka sampai dan rumah opah adalah rumah terakhir yang dikunjungi. Keesokan pagi, pergi sembahyang sunat raya dengan Iman, dan sempat menengok lembu-lembu (19 ekor semuanya) yang akan dikorbankan. Setelah balik dari masjid, kami bersiap-siap kerana keluarga Encik nak datang. Pada masa yang sama Atok ke surau menolong mengerjakan korban tu. Dalam pukul 9.30 mereka pun sampai dua kereta, dan makan-makan hidangan seperti biasa nasi impit dan eksosorinya yang biasa Opah buat. Mereka tak lama di rumah Opah, sebab Encik ada urusan menghantar orang ke KLIA. Cadangan petang tu nak ke rumah Encik bersama Opah Lang, tapi tak jadi sebab Opah Lang ada urusan di masjid dekat rumah dia, lagi pun cuaca petang tu hujan memanjang. Dalam pukul 8.30 kami balik ke rumah (Bukit Beruntung). Banyak bekalan yang Opah sediakan untuk budak-budak tu makan. termasuk daging koban yang Atuk dapat daripada surau. Budak-budak tu dapat duit raya lagi Opah bagi (patutnya tak payah) dan sampai di rumah mereka makan bekalan yang Opah 'tapau'kan tu. Yang menghairankan semasa di rumah Opah masing-masing tak mahu makan, sampai je di rumah semuanya kelaparan.Labels: raye
Posted by madniz at 1:09 AM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
Lawatan ke Jambori Antarabangsa Johor
Labels: jambori
Posted by madniz at 11:33 AM 0 comments
Saturday, November 15, 2008
Ke Selayang Mall
Minggu lepas (9 November), kami telah pergi ke Selayang Mall. Tujuan sebenarnya nak cari barang-barang untuk aktiviti di sekolah, tapi ambil peluang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Atok perempuan pun ikut sama sebab dia menjaga budak-budak tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad sebab Mama ada kuliah, dan ayah ada aktiviti di sekolah. Malam tu, makan KFC dan selepas itu baru membeli-belah di Giant Selayang Mall. Biasa lah kalau berjalan macam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat.
Posted by madniz at 8:10 AM 0 comments
Monday, November 3, 2008
Kenduri di rumah Opah Puchong
Labels: kenduri
Posted by madniz at 9:17 PM 0 comments
Sunday, November 2, 2008
Watikah Pelantikan Guru Cemerlang

Labels: GC
Posted by madniz at 9:49 AM 0 comments
Tuesday, October 28, 2008
Hari Keluarga di Port Dickson
Posted by madniz at 10:52 PM 0 comments
Sunday, October 26, 2008
Annisa Tinggal dengan Ayah

Posted by madniz at 2:16 PM 0 comments
Monday, October 20, 2008
Pendaftaran KUIS
Kelmarin, Sabtu (18 Oktober) Mama telah mendaftar diri sebagai pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) secara rasminya. Awal pagi kami bertolak dari rumah ke Ampang sebab budak-budak empat orang ni tinggal dengan Opah sementara Mama dan tiga orang kawannya pergi ke KUIS. Perjalanan agak jauh juga, lebih kurang 45 minit daripada Ampang. Tiba di KUIS mereka mendaftaran diri dan menyerahkan borang-borang pendaftaran kepada petugas di situ. Kemudian semasa bersarapan di kafeteria, Mama memaklumkan yang mereka perlu mengikuti beberapa taklimat sehingga jam 9.00 malam. Di rumah Opah, budak-budak tu okay aje, tapi menjelang senja, Annisa mula meragam, rindukan mama dia. Setiap kali batuk dia akan muak susu yang diminum, dua tiga kali jadi macam tu. Tidur pun dia tak mahu, sebab bila muak habis baju basah. Memandangkan dia kurang sihat, akhirnya Opah turut serta menjemput Mama di Bandar Seri Mahkota (dekat Nilai) pada malam tu. Dalam perjalanan tu pun dia masih begitu, dan akhirnya tertidur setelah sepertiga jalan. Sampai di KUIS, Mama dan kawannya sudah menunggu. Keadaan lalulintas sesak pada malam tu, mungkin ramai yang berjalan untuk beraya agaknya. Sampai di rumah Opah, kami berkemas dan ambil budak-budak tu dan bertolak pulang ke rumah, keadaan jalan masih serupa sesak dan membosankan. Akhirnya kami sampai di rumah jam 12 malam, dan semuanya tidur kepenatan.
Labels: kuis
Posted by madniz at 2:29 AM 0 comments
Monday, October 13, 2008
Berhari Raya
Ahad lepas (12 Oktober) kami sempat berhari raya ke rumah saudara-mara. Kami bermalam di rumah Opah pada malam sebelumnya, dan tengah hari esoknya berkunjung ke rumah Tok Mok. Cadangan nak ke rumah Opah Lang tapi dia dah ada di rumah Tok Mok semasa kami sampai. Selepas itu kami (termasuk Tok Mok dan Opah Lang) pergi ke rumah Opah Puchong (singgah di Kinrara rumah Opah Piah sekejap) dan seterusnya ke rumah Mak Long Mala di Kelana Jaya. Dalam pukul 4.30 petang ke Sijangkang rumah Opah Kenek, tapi opah tak ada di rumah ada urusan bisnes. Semasa balik kami singgah di Tesco Ampang sebab ayah nak beli barang. Mmm...dah rezeki malam tu, Opah belanja KFC sebab semasa tunggu ayah, Annisa meragam nak turun juga, Iman pulak meragam nak masuk 'playground' tapi ayah tak beri, tapi dapat jugak main mesin yang masuk token tu. Kena masuk 4 token (RM2) sekali main...sekejap je.
Labels: raya
Posted by madniz at 11:52 PM 1 comments
Monday, October 6, 2008
Ke Grand Union Supermarket
Hari Jumaat, hari raya ketiga tu kami balik ke Bukit Beruntung. Pagi Sabtu pergi sarapan dan kemudian membeli sedikit barang keperluan dapur sebab ada bekas pelajar SMKTBR nak datang berhari raya pada sebelah petang. Di GUS tu Mama sahaja yang pergi membeli barang-barang, sebab anak-anak hendak bermain mesin hiburan tu. Annisa nampak seronok sangat sampai kena isi token (50 sen) tiga empat kali. Ana dan Iman macam tu jugak, tapi mesin yang mereka naik tu rosak. Bukan tak boleh bergerak, tapi bila bunyi isyarat masa tamat, mesin tu ulang sekali lagi tanpa masukkan duit. Hmm...'safe' le sikit, ulang main sampai budak-budak tu dah jemu.
Posted by madniz at 7:14 PM 0 comments
Sunday, October 5, 2008
Hari Raya Aidilfitri
Raya tahun ini 'turn' berhari raya di Simpang Lima. Dua hari sebelum raya balik ke Ampang untuk berjumpa dengan keluarga. Kakak dan famili pun tiba dari Kedah setengah jam lebih awal daripada kami. Hari Isnin balik ke Simpang Lima, dan menyambut hari raya di sana. Pagi raya sembahyang sunat Aidilfitri di masjid dengan Afiq, Iman dan Arif. Sebelah petang pergi menziarahi kubur arwah bapa mertua, dan berkunjung kerumah saudara-mara. Petang menjelang ke malam, Khairul dan keluarga sampai dari Johor, lewat malam pula Fizi dan keluarga sampai dari Sg. Siput. Pada hari raya ini dapat berjumpa sanak saudara dan yang paling seronok adalah anak-anak sebab mereka dapat duit raya daripada ahli keluarga.
Posted by madniz at 3:35 PM 0 comments


