Sunday, August 30, 2009

Shopping Baju Raya

Hari Rabu minggu lepas kami sempat pergi 'shopping' baju raya budak-budak tu di Parkson Grand di Selayang Mall. Okay jugak harga pakaian yag ada di situ, budak-budak tu masing-masing dapat tiga pasang seorang kecuali Anisa beli sepasang saja sebab dah beli dua pasang minggu lepas. Dalam memilih-milih baju tu tengok-tengok juga harga, kalau boleh yang ada diskaun 50% dapat 'safe' sikit. Sebelum ke Parkson tu sempat singgah di Seng Heng untu tempah Netbook Acer Aspire One untuk kegunaan Mama.

Selepas tu, kami bertolak balik ke kampung di Simpang Lima. Sampai dah lewat, dah azan pun nasib baik dah beli juadah berbuka di Paya Jaras Sg Buluh. Esok pagi-pagi lagi Pak Long dengan Jiha dan Dira sampai sebab ada urusan dengan Atok di Sg Besar. Tengahari tu sempat kemaskan alihkan almari dapur dan kemaskan bilik yang baru dibuat tu dan petangnya balik ke Bkt Beruntung.

Saturday, August 29, 2009

Jalan-Jalan ke KL

Pada cuti sekolah yang lepas, kami berpeluang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Tempar pertama yang kami kunjungi ialah Muzium Negara. Selepas itu kami ke Menara Kuala Lumpur, tapi tak naik pun sebab harga tiketnya mahal sangat, hanya berjalan-jalan di kawasan sekitar saja. Dalam perancangan nak melawat Petrosains, tapi setibanya kami di sana, kuota pengunjung untuk hari tersebut telah penuh dan melawat pameran dinosaur kena tunggu sehingga dua jam baru boleh masuk. Tak jadi masuk dua-duanya, hanya pergi makan KFC dan bercadang esok datang semula ke Petrosains KLCC.

Keesokan harinya, parkir penuh pulak. Berpusing-pusing cari sehingga dua jam dan akhirnya parkir di Ampang Park, kemudian naik LRT ke KLCC. Sampainya di sana, sama juga tiket dan habis untuk hari itu. Tak berpeluang masuk, tapi ayah sempat beli lensa Canon EF50mmf/1.8 di Canon Centre dengan harga RM300.00. Lensa tu memang menghasilkan gambar yang cantik walaupun nampak 'cikai' je. Janji dengan anak-anak akan singgah di Petrosains jika ada masa luang apabila balik ke rumah opah di Ampang. Tapi sampai laa tak pergi-pergi...

Monday, May 11, 2009

Balik Kampung Spg Lima


Hari Sabtu lepas (9 Mei) kami balik kkampung di Simpang Lima rumah Atok. Kami sampai pukul 6 petang sebab kelluar lewat adri Bukit Beruntung. Sampai di rumah atuk, nampak rumah atok sedang diubahsuai akibat diserang anai-anai. Bahagian dapur sehingga ke bahagian bilik yang dibuat daripada kayu habis dimakan anai-anai.

Sebelah malam, kami ke Sg Nibong makan malam, menunya mee bandung. Mama yang belanja makan malam tu. Di situ Annisa merengek nak beli belon, akhirnya atok belikan bola plastik gambar 'Dora Explorer' warna merah. Balik daripada Sg Nibong, Afiq dengan Iman main PS2 sampai lewat malam.

Pagi Ahad tu, tolong atok berkemas sebab tukang rumah tu nak buat di bahagian dapur. TV dan lain-lain peralatan semuanya dibawa ke depan sebab berhabuk. Ana, Iman dan Afiq tolong angkat karpet dapur ke luar dekat beranda. Tengahri tu kami pergi ke pekan Sg Besar beli lauk, dan cat putih yang akan digunakan untuk mengecat dinding rumah tu. Lewat petang sebelum maghrib, kami bertolak pulang ke Bukit Beruntung.