Monday, May 11, 2009

Balik Kampung Spg Lima


Hari Sabtu lepas (9 Mei) kami balik kkampung di Simpang Lima rumah Atok. Kami sampai pukul 6 petang sebab kelluar lewat adri Bukit Beruntung. Sampai di rumah atuk, nampak rumah atok sedang diubahsuai akibat diserang anai-anai. Bahagian dapur sehingga ke bahagian bilik yang dibuat daripada kayu habis dimakan anai-anai.

Sebelah malam, kami ke Sg Nibong makan malam, menunya mee bandung. Mama yang belanja makan malam tu. Di situ Annisa merengek nak beli belon, akhirnya atok belikan bola plastik gambar 'Dora Explorer' warna merah. Balik daripada Sg Nibong, Afiq dengan Iman main PS2 sampai lewat malam.

Pagi Ahad tu, tolong atok berkemas sebab tukang rumah tu nak buat di bahagian dapur. TV dan lain-lain peralatan semuanya dibawa ke depan sebab berhabuk. Ana, Iman dan Afiq tolong angkat karpet dapur ke luar dekat beranda. Tengahri tu kami pergi ke pekan Sg Besar beli lauk, dan cat putih yang akan digunakan untuk mengecat dinding rumah tu. Lewat petang sebelum maghrib, kami bertolak pulang ke Bukit Beruntung.

Sunday, April 19, 2009

Naik Komuter ke Rawang

Semalam, 18 April (Sabtu) Kami pergi menjemput Mama balik daripada kuliah. Kami naik dari stesen komuter Rasa. Setibanya kami di situ, tren baru saja berlepas dan kena menunggu tren yang berikutnya satu jam kemudian. Pada jam 3.41 pm tren ke Rawang pun sampai dan kami tiba di stesen Rawang 20 minit kemudian. Tak turun pun di Rawang, jumpa Mama dalam tren saje. Annisa mula tu nampak seronok naik komuter tetapi dia mula jemu dalam perjalanan balik ke stesen Rasa. Tambang kami tiket pergi dan balik sebanyak RM13.60 (1 dewasa + 3 kanak-kanak; Annisa percuma). Dalam perjalanan balik tidur dalam tren tu punya le sedap sebab 'aircond' sampai tersengguk-sengguk.

Sunday, February 8, 2009

Ke rumah Uncle Zam

Sabtu (7 Februari) Kami telah pergi ke rumah Uncle Zam di Belimbing Height untuk menghadiri satu kenduri doa selamat. Kami tiba agak lewqat sebab menghantar Mama ke KUIS. Setibanya kami di sana, 'time' makan; ada menu udang masak lemak, kari daging, acar buah dan ayam goreng. Selepas kenduri tu kami balik ke rumah opah di Ampang dan bermalam di sana. Keesokan harinya, Ana dan Annisa mengikut opah pergi kenduri di Sg Penchala.